Segalanya Haqiem Rusli (Respect Post)

by - Sunday, July 16, 2017

     Bukan main lagi tajuk entri hahahahahaha. Okayy, if we google-ing Haqiem Rusli right now, apa agaknya yang akan keluar??



     Apa yang ain cuba nak sampaikan sebenarnya adalah apa yang membuatkan ain bangga dengan Haqiem ni. Terlebih dahulu, ehem ehemm bangga sikit ada penyanyi baru naik yang lahir tahun 1998. Geng sama umur. Tak nak berceloteh panjang, you guys baca je lah dulu link bawah ni... Then come back to this entry hahahahahaha.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> klik entri ini <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




      Please, you guys tell me ada ke artis Malaysia macam Haqiem? Maybe ada tapi tak ramai. Yes I do really respect dengan dia. Usually pasal censored-kan gambar yang melibatkan aurat ni, selalunya dilakukan oleh kaum hawa sendiri. Boleh dikatakan memang 'rare' kalau orang lelaki check dulu gambar tu baik-baik sebelum upload. Apa yang ain cuba sampaikan di sini ialah I wish that semua orang kat luar sana do the same thing. Kita as Malaysian dan Islam itu adalah agama rasmi negara ni. Kalau bukan kita yang pelihara agama sendiri then siapa yang patut kita tuding jari jika ada sesuatu yang buruk berlaku?
      Maaf menyimpang sekejap. Sudah terang tak perlu guna lampu suluh, kita semua tau artis ada pengaruh besar. Mereka ni boleh dikatakan jadi role model untuk masyarakat. Harap lebih ramai insan seperti Haqiem Rusli yang jaga aurat peminat dan sering memberi teguran. Sekali sekala ayat sentap perlu ada dalam menegur seseorang sebab ayat-ayat itulah yang akan membentuk kita menjadi manusia. Plus, jika seseorang itu bagi ayat sentap kepada kita dan kita terasa, actually kita patut bersyukur sebab masih ada sinar iman dalam diri kita. Kalau kita tak terasa dengan ayat sentap yang diberikan, maknanya iman kita semakin berkurang. Allahu
    
 Walauapapun, semoga Haqiem Rusli berjaya menjadi seorang insan yang mampu mengubah persepsi masyarakat. Berdakwah disamping populariti yang semakin meningkat. Rasulullah juga pernah bersabda, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari). Setiap kebaikan yang kita lakukan pastinya akan dibalas kembali.      

    Bak kata Haqiem, "SEGALANYA". Kalau kita berikan segalanya dalam apa jua yang kita lakukan, in shaa allah kita akan dapat segala-galanya. 

Sekian, qiemilio..


You May Also Like

0 comments